REFELEKSI KEPADA PERNIAGAAN
Permasalahan
1. Persaingan tinggi
![]() |
Gambar sekadar hisan: Sumber daripada Internet |
2. Ekonomi tidak stabil
![]() |
Gambar sekadar hisan: Sumber daripada Internet |
Situasi sedemikian berlaku berikutan setelah 2 hingga 3 bulan masyarakat menghadapi pergerakan terhad, misalnya pekerja perlu bekerja di rumah, perniagaan tertentu tidak dapat beroperasi seperti sedia kala dan sebagai.
Situasi ini menyebabkan semua sektor di Malaysia menghadapi masalah krisis kewangan atau modal. Keadaan ini menyebabkan pelanggan mula merancang pembelanjaan rumah untuk menghadapi kerumitan ini. Masyarakat hanya membeli barang keperluan berbanding pencuci mulu yang sedia kala di pasaran seperti syarikat kami.
Aktiviti terhad selama 2 hingga 3 bulan ini menyebabkan pelanggan mempunyai masa terluang yang panjang dan menghabiskan mingguan berada dirumah. Dengan kehadiran internet telah membantu masyarakat yang berkeinginan untuk menikmati Cheesekut dan minuman berkarbonat ini diselesaikan melalui mempelajarinya di Youtube. Pelanggan boleh membeli bahan tersebut dipasaran dan membuatnya sendiri di rumah. Keadaan sedemikian menyebabkan produk kami tidak dapat dipasarkan kepada pelanggan, kerena masyarakat boleh membuatnya di rumah tanpa hendak membeli dengan mana-mana syarikat, jika hendak dibandingkan dengan masa kerja yang sibuk sebelum PKP.
3. Masalah penghantaran
![]() |
Ilustrasi daripada Canva |
Syarikat kami menghadapi masalah penghantaran atas sebab tidak memiliki kenderaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, majoriti merupakan pelajar dan kerap kali menggunakan bas atau grab untuk melakukan penghantaran. Ketiadaan kenderaan menyebabkan skop kajian hanya terhad kepada kawasan Universiti Malaysia Sabah, One Borneo, Kingfisher dan Sepanggar (jika ahli kembali ke rumah pada hari sabtu dan ahad)
![]() |
Ilustrasi daripada Canva |
1. Menyelesiakan masalah persaingan tinggi
Penghasilan jadual pemasaran telah melancarkan dan mendorong syarikat kami menjadi syarikat yang mampu berdaya saing dan beroperasi secara sistematik. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahagian pemasaran dapat memuat naik dan menyampaikan maklumat atau promosi produk di IG, FB dan WhatsApp mengikut penjadulan yang telah ditetapkan, iaitu memuat naik poster atau flyer syarikat sebanyak 3 sehingga 4 kali dalam seminggu.
Untuk pengurusan IG, Fb dan WhatsApp secara profesional, ketua pemasaran perlu tahu bahawa pemasaran produk syarikat mesti memiliki teknik meningkatkan jualan. Teknik tersebut merangkumi memperkenalkan produk syarikat, Soft Sale, Hard Sale dan copywriting
2.Menyelesiakan masalah Ekonomi tidak stabil
Untuk mengatasi masalah krisis kewangan ini, syarikat kami menghasilkan produk syarikat ketika PKP mula dilonggarkan, syarikat hanya menghasilkan jumlah tertentu untuk dipasarkan, kemudian tempahan terdahulu dibuat untuk memudahkan syarikat kami tahu jumlah pengeluaran.
Tempahan terdahulu juga membantu syarikat kami mengurangkan pembaziran dari segi kos, modal dan tenaga. Syarikat menerima tempahan melalui Google Form, kutipan data ini bukan sahaja dihasilkan untuk mengkutip jumlah tempahan tetapi juga untuk mengutip maklum balas daripada pelanggan.
3. Menyelesaikan masalah penghantaran
Untuk menyelesaikan masalah ini, syarikat kami mengumpul terlebih dahulu keseluruhan tempahan dan menghantarnya pada hari rabu, sabtu dan ahad. Syarikat kami juga menetapakan menghantar temapahan mengikut kawasan. Misalnya Rabu melakukan penghantaran di One Borneo dan Kingfisher, manakala sabtu dan ahad di kawasan Sepanggar jika mempunyai tempahan.
Cadangan Penambahbaikan
1. Memperkenalkan perisa baru minuman yang lebih menarik
2. Memperbanyakkan paparan periklanan Hungry Foodie
3. Mempelbagaikan pilihan produk.
Dengan cara ini Hungry Foodie sdn.bhd dapat meningkatkan pilihan pengguna terhadap produk yang dikeluarkan selain dapat meningkatkan jualan dan menarik lebih ramai lagi pelanggan.
Ulasan
Catat Ulasan